SEMPENA meraikan 1 juta pengikut di platform YouTube, Radio ERA mengajak semua rakyat Malaysia menikmati Konsert 1 Juta YouTube yang boleh distrim secara langsung pada 25 Oktober, jam 9 malam di YouTube dan Facebook Live ERA.
Peminat boleh berhibur dengan persembahan menarik daripada penyanyi-penyanyi kegemaran seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Dolla, Azzam Sham, Iman Troye, Sarah Suhairi, Shiha Zikir, Yonnyboii, Asyraf Nasir, Zyn Akal dan The Locos, kumpulan yang juga merupakan penata muzik dan persembahan untuk konsert langsung ini.