KUMPULAN K-Pop popular, ASTRO telah dilantik sebagai duta jenama global terkemuka, Atome.
ASTRO yang ditubuhkan pada tahun 2016, dianggotai MJ, JinJin, Cha Eun-Woo, Moon Bin, Rocky dan Yoon San-Ha, akan menjadi wajah utama kempen membeli-belah musim cuti Atome, #OwnTheExtraordinary sehingga akhir tahun ini.
Kempen serantau itu akan meliputi program 360 darjah dengan pelbagai cabaran interaktif, aktiviti dan promosi dalam talian dan luar talian sepanjang tempoh empat bulan.
Menurut agensi pengurusan ASTRO, Fantagio, pihaknya teruja apabila Atome memilih kumpulan itu sebagai duta jenama itu.
"ASTRO merupakan kumpulan yang sentiasa berusaha dalam memberi inspirasi, berhubung dan berkembang bersama peminat mereka menerusi muzik serta sesuai dengan hala tuju mereka.
"Kami berharap kerjasama ini dapat memberi inspirasi dan impak positif kepada jutaan peminat kami di seluruh Asia," ujarnya.
Atome, jenama beli dulu bayar kemudian terkemuka Asia dan sepanjang tahun lalu, rangkaian pedagang Atome di Malaysia telah berkembang kepada lebih 500 peruncit.
Kempen #OwnTheExtraordinary akan menampilkan tawaran dan ganjaran eksklusif pelbagai jenama merangkumi musim-musim perayaan seperti 11.11, Black Friday Cyber Monday, 12.12 dan perayaan Krismas.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah cabaran Pengalaman Luar Biasa di akaun Instagram rasmi Atome MY, Beli dan Menang, Extraordinary Hunt dengan pelbagai barangan eksklusif ASTRO untuk dimenangi.