Rina mirip wajah mommy, Maryam Durian Kimchi pantang bersalin cara Melayu

Iklan
Untitled design (10)

MELAHIRKAN anak sulung enam hari yang lalu, selebriti media sosial, Maryam Younarae akhirnya berkongsi wajah bayinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Maryam berkongsi foto cahaya mata perempuannya yang dinamakan Rina itu.

Iklan
Iklan

Bayi comel itu dikatakan memiliki bibir mirip miliknya.

"Ikut bibir mommy," tulis Maryam.

Iklan

Foto yang memaparkan dia memangku Rina mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Rata-rata memuji bayi kacukan Melayu dan Korea berkenaan comel dan seiras Maryam.

Iklan

-"Subhanallah comelnya. Korea + Melayu. Tahniah Maryam.”

-"So cute..”

-"Sama muka.”

-"Masha-ALLAH tabarakallah comelnya baby.Semoga baby dan mommy sihat selalu.”

-"Korea habis.”

Dalam pada itu, wanita kelahiran Korea Selatan itu turut berkongsi momen melalui fasa berpantang selepas bersalin dan memilih rawatan pantang tradisional Melayu.

Dalam hantaran terbaru, Maryam memuatnaik video sedang berurut dan bersauna.

"Abang boleh tak saya berpantang satu tahun,” tulis Maryam berkenaan tempoh berpantangnya.

Ramai yang memuji Maryam sebagai wanita berbangsa asing memilih untuk berpantang secara tradisional. Tidak kurang juga ada yang berasa lega melihat perkembangan itu.

-"Bestnya maryam berpantang mcm orang Melayu.”

-"Baru rasa lega tengok Maryam ada org yang jaga. I feel you, babe!”

- Selamat berpantang Maryam.”

Maryam bersalin pada 20 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Mereka yang menetap Seoul sebelum ini mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020.

Baca juga: Ryzal, Maryam Durian Kimchi Timang Bayi Perempuan, Syukur ALLAH Mudahkan Bersalin

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @maryamyunrrr