Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM

Iklan
Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM

AKHIR-AKHIR ini menjadi bualan ramai berkenaan kandungan bahan karsinogenik yang didakwa terkandung dalam biskut jenama tempatan.

Beberapa jenis biskut yang terkenal di Malaysia didakwa mempunyai bahan penyebab kanser.

Iklan
Iklan

Justeru, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dilakukan sejak 2015 lagi.

Katanya dalam satu kenyataan, antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

Iklan

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sementara itu, Hup Seng Makanan Malaysia Sendirian Berhad turut memberikan kenyataan berhubung tuduhan tersebut pada Ahad lalu.

Katanya, semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan pihaknya.

Baca juga Meloyakan, kilang fucuk penuh najis tikus diarah tutup, berikut 10 fakta mengenainya

Dalam pada itu, syarikat yang terletak di Batu Pahat, Johor turut menyatakan produknya selamat.

Semoga dengan penjelasan ini dapat menjawab kepada kegusaran dan persoalan yang timbul.