Nak lawat isteri kedua, ketiga atau keempat? Mungkin boleh tapi…..

Iklan

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19 mungkin sedikit sebanyak memberi kesan khususnya kepada golongan lelaki yang memiliki lebih seorang isteri.

Apa tidaknya, si suami ‘mati kutu’ apabila tidak boleh melawat isteri kedua atau ketiga atau keempat sepanjang tempoh PKP ini kerana jarak lebih 10 kilometer (km).

Iklan
Iklan

Lain ceritanya jika pasangan poligami tersebut berada berhampiran atau satu taman perumahan, jadi tidak perlulah nak mohon kebenaran polis untuk keluar kawasan.

Sebenarnya, itu antara alasan yang menggelikan hati yang diterima pihak polis di negeri Selangor apabila ada yang merayu untuk pulang ke rumah isteri kedua.

Iklan

Tidak dinafikan logik alasan diberikan kerana penguatkuasaan undang-undang untuk rentas negeri dan bergerak lebih 10km sangat ketat bagi membendung pandemik.

Tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ada memberikan penjelasan buat golongan suami yang mengamalkan poligami di negeri itu.

Iklan

Golongan suami yang berkeperluan ke arah itu boleh memohon kebenaran di balai polis berhampiran.

"Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.

"Saya sebagai Ketua Polis Selangor tak pernah lagi berhadapan kes seperti ini (lelaki mohon nak melawat isteri lain), mungkin Ketua Polis Daerah ada (berhadapan kes sebegitu)," katanya memetik sebuah portal hari ini.

Sebenarnya, prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan dalam PKP hanya diberi kelonggaran kepada hal kecemasan.

Itupun orang awam perlu menyatakan bukti dan dokumen berkaitan sebelum dibenarkan bergerak lebih 10km.

Jika suka-suka keluar kawasan tanpa kebenaran, hukumannya cukup berat termasuklah boleh didenda sehingga RM 1,000 atau penjara enam bulan atau tidak kedua-duanya sekali.