SELEPAS peletakan jawatan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada September lalu, jawatan tersebut masih lagi belum diisi calon baharu.
Beberapa nama termasuk Profesor Madya Datuk Dr. A. Razak Mohaideen menjadi sebutan untuk mengisi kekosongan itu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, jawatan tersebut dikatakan bakal menjadi milik Timbalan Dekan (Kajian dan Pengajian Graduasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr. Md Nasir Ibrahim.
Pemilihan Dr. Md Nasir sebagai CEO FINAS baharu itu mula menjadi bualan hangat dalam kalangan penggiat seni sejak minggu lalu dan dikuatkan lagi dengan mesej ucapan tahniah daripada pengerusi dan ahli LPU, Naib Canselor dan barisan pengurusan UPSI di media sosial.
Difahamkan pelantikan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 November 2021 sehingga 30 Oktober 2023.
Pemilihan calon daripada ahli akademik untuk mengisi jawatan tersebut dijangka bakal memberi persepsi baharu dalam pengurusan Finas dan dunia perfileman tempatan.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada Finas berkenaan pelantikan tersebut.
Artikel Berkaitan