Bayaran balik PTPTN melalui Shopee siap boleh guna Coins, ini caranya

Iklan
SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit

PLATFORM membeli belah online Shopee kini telah menjadi medium utama pilihan rakyat Malaysia.

Gedung e-dagang terkemuka negara itu menjadi kegemaran dek kerana sentiasa mengadakan kempen jualan gila-gila, promosi hebat serta pelbagai tawaran menarik termasuk pulangan tunai.

Iklan
Iklan

Ya, selain daripada shopping di Shopee, kini korang juga boleh hutang pendidikan PTPTN. Lebih senang, pantas dan pastinya korang sudah biasa dengan platform tersebut.

Iklan

Mungkin sebelum ini, korang biasa buat bayaran secara potongan gaji atau menggunakan perbankan online dan apa kata korang cuba pula menggunakan Shopee.

Iklan

Cara-caranya;

Untuk menggunakan kaedah ini, korang tidak perlu daftar apa-apa. Hanya perlu sediakan nombor kad pengenalan sahaja.

LANGKAH 1

Pergi ke aplikasi Shopee (KLIK SINI), klik pada ikon Ticket, Top-ups & Bills > pilih PTPTN

LANGKAH 2

Di sini terdapat 3 pilihan, pilih Bayaran Balik Pinjaman. Kemudian masukkan nombor MyKad dan tekan 'Checkout'

*Selain daripada bayar PTPTN, boleh buat bayaran untuk Simpanan SSPN Prime dan SSPN Plus menggunakan Shopee

LANGKAH 3

Di sini akan terpapar maklumat jenis akaun dan juga tahap pendidikan berdasarkan nombor MyKad tersebut. Masukkan jumlah yang ingin dibayar. (Min: RM10; Max: RM999).

Baca juga Usah tularkan lokasi hidupan liar di media sosial, bimbang jadi sasaran pemburu haram

LANGKAH 4

Akhir sekali, akan dipaparkan semua maklumat untuk korang semak terlebih dahulu sebelum buat pembayaran.

Disini korang boleh tebus Shopee Coins. Lebih jimat. Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi.

Jika sudah lengkap semuanya, teruskan bayaran seperti biasa dengan klik pada 'Pay Now'.

Selesai! Mudah kan... semoga bermanfaat.