CUACA panas terik ketika pagi dan tiba-tiba hujan lebat sebelah petang pastinya boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit kepada setiap individu. Antaranya sakit pada bahagian tekak.
Itu satu hal. Era Covid-19 kini, sakit tekak merupakan satu kebimbangan teruk kerana ia juga merupakan salah satu simptom jangkitan virus berbahaya itu.
Pun demikian, usah gelabah. Ia pasti boleh dirawat sendiri sebelum anda hadir berjumpa dengan doktor.
Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M Sallih tampil membuat perkongsian di laman Facebooknya.
[caption id="attachment_19716" width="1000"] DR Ezairy.[/caption]
Berikut rawatan awal yang boleh dilakukan mengikut saranan pakar itu:
i) Kumur dengan air garam.
Caranya, ambil sedikit garam lalu campurkan ia dengan segelas air suam.
ii) Makan aiskrim.
Sebenarnya, soothing effect dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
iii) Lozenges.
Dengan memberi ubat itu di farmasi, sakit tekak dapat dikurangkan mengikut kekerapan yang disarankan.
Jadi, hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap.
Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.
iv) Berkumur.
Selain itu, ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak.
v) Ubat.
Ubat antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat tanda jangkitan bakteria.
Oleh itu, buat semua pembaca SinarPlus yang kerap mengalami masalah sakit tekak, cubalah amalkan beberapa kaedah yang disyorkan oleh Dr Ezairy itu.
Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa follow kami di Instagram!