Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pula akan diberi suntikan Covid-19 Pfizer

Iklan
Ini 12 keadaan tidak normal kanak-kanak, perlu perhatian segera

JIKA sebelum ini kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun diberi suntikan vaksin, kini giliran yan berusia lima hingga 12 tahun pula.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter miliknya sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Iklan

Bagaimanapun, perincian bilakah pemberian vaksin tersebut akan mula diberikan kepada golongan berkenaan belum lagi dimaklumkan.

Iklan

Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Setakat Khamis, 62 peratus remaja yang telah melengkapkan vaksin atau berjumlah 1,951,450 orang. Manakala seramai 82.4 peratus atau 2,592,048 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Apa tunggu lagi? Kepada ibu bapa segera lakukan pendaftaran bagi anak-anak dalam aplikasi MySejahtera. Mudah sahaja hanya daftar di ruangan 'Tambah Tanggungan Vaksinasi'.

Semoga bermanfaat!