“Kahwin orang internet tapi…” Jutawan Irfan Khairi dedah isteri, anak tak ada akaun media sosial

Iklan
Untitled design (28)

SIAPA tidak kenal jutawan internet, Irfan Khairi yang sering berkongsi pelbagai tip dan rahsia perniagaan dalam talian.

Pakar perniagaan internet itu tidak pernah bercerita lanjut tentang isterinya yang bernama Shazrina dan anak-anak.

Iklan
Iklan

Dalam kemas kini terbaru laman Facebook rasminya, Irfan akhirnya berkongsi video isteri.

Iklan

"Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai"Kak Shaz".

"Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya sudah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Itu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi.

Iklan

"Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Sudah kahwin 20 tahun adik oi, anak empat orang,” tulis Irfan yang menjadi jutawan semasa berusia 25 tahun.

Menurut Irfan, isteri dan anak-anaknya tidak mempunyai akaun media sosial.

Mungkin kedengaran janggal pada era teknologi dan letusan media sosial kini namun demikianlah kenyataannya mengenai keluarga jutawan internet itu.

"Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di Facebook, Instagram. TikTok lagi lah tak ada.

Kahwin dengan orang internet tapi tiada di media sosial.

"Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial.

"Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya.

"Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tidak follow pun. Sebab tiada media sosial,” titip Irfan.

Susulan perkongsian video dia disamping isterinya, para pengikut Irfan memuji kesederhanaan keluarga itu dan menitipkan doa kebahagiaan.

Malah tidak kurang juga mengatakan mereka mempunyai wajah yang seiras.

Dalam pada itu, Irfan yang kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, meninggalkan pesanan buat usahawan berkaitan platform berniaga agar tidak hanya tertumpu pada laman sosial semata-mata.

Usahawan perlu memiliki laman web perniagaan untuk pergi jauh.

"Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan. Tidak semua orang ada media sosial. Tidak semua orang aktif di media sosial.

"Jika kita hanya menggunakan Instagram contohnya untuk berniaga, bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai Instagram? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai Facebook?" tulis beliau.

Katanya, peniaga akan rugi jika mengehadkan promosi dan jualan pada platform tertentu sahaja sebaliknya perlu memiliki laman web sendiri untuk melangkah jauh ke peringkat global.

Baca juga: Nelayan bakal bergelar jutawan segera, jumpa ‘emas terapung’ RM5 juta

Baca juga: Impi mahu 105 orang anak, pasangan jutawan Rusia ini sanggup berbelanja lebih RM4.6 juta

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Irfan Khairi