[VIDEO]'Pepagi buat orang nangis'- Jururawat pulang tanah air undang sebak

Iklan
02

DEK kerana rakyat Malaysia yang sangat bertanggungjawab terhadap pengambilan vaksin Covid-19, kini kita dapat hidup lebih sempurna dengan kelonggaran merentas negeri ke mana sahaja.

Iklan
Iklan

Syukur! Satu keriangan yang tidak dapat diungkapkan apabila dapat kembali bersua dengan keluarga tersayang.

Iklan

Menerusi perkongsian sebuah video di Twitter miliknya, dia yang juga petugas barisan hadapan di Singapura sangat bersyukur berpeluang berjumpa keluarga dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia.

Iklan

Ujarnya lagi, dia berasa sangat teruja dan gembira namun apa yang membuatkan warga maya sebak apabila dia kelihatan menitiskan air mata ketika sedang menikmati muffin dalam penerbangannya.

Jururawat tersebut kini sedang kuarantin sebelum dapat berjumpa insan tercinta di Miri, Sarawak.

Situasi itu ternyata mengundang sebak warganet yang rata-rata memahami perasaannya.

Sehingga kini perkongsian video berkenaan di Twitter mendapat lebih 10,000 tanda suka dan hampir 5,000 shares sementara hampir 700,000 tontonan di aplikasi TikTok miliknya.