Doktor saran tukar tuil pintu pemegang berbanding jenis tombol. Ini sebabnya...

Iklan
online (1)

Itulah panduan yang disyorkan oleh Doktor Perubatan Rehabilitasi, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui Facebooknya semalam.

Iklan
Iklan

Kenapa beliau sarankan tuil pintu jenis pemegang?

Berikut perinciannya:

Iklan

  • Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Maka, ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
  • Iklan

  • Ia mudah dipegang oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
  • Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
  • Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku termasuklah kaki. Jadi, ia juga boleh digunakan oleh orang kurang upaya (OKU) yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
  • Ini agak jarang dan ekstrem, tetapi dalam keadaan genting yang memerlukan kita mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.

"Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama.

Oleh itu, salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!