Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun

Iklan
sekolah4

SEPERTI yang kita sedia maklum, sesi persekolahan telah dibuka semula secara berperingkat mulai dua minggu lepas.

Sesi pembelajaran bersemuka yang dijadualkan itu juga dibuat secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Iklan
Iklan

Kementerian Pendidikan (KPM) turut menegaskan, kehadiran pelajar juga mengguna pakai kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti sebanyak 50 peratus di dalam kelas.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun setelah sekolah dibuka, banyak rungutan ibu bapa yang berhadapan seragam dan kasut anak-anak telah ketat serta pihak sekolah menetapkan murid wajib berpakaian lengkap seragam.

Iklan

Katanya, perkara itu telahpun dinyatakan sebelum ini, namun masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk pelajar mengenakan pakaian seragam lengkap.

"Jadi saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pihak kementerian sebelum ini telah nyatakan bahawa untuk tempoh sehingga akhir persekolahan tahun ini, kita benarkan murid-murid memakai pakaian yang bersesuaian serta sopan dan kemas, itu paling penting," katanya ketika melakukan tinjauan persiapan pembukaan sekolah di Sekolah Kebangsaan Semaseh, Panchor di Muar, Johor hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran pelajar berikutan kekangan yang dihadapi ibu bapa susulan pembukaan sekolah di waktu pandemik Covid-19 terutamanya kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Jadi korang sebagai ibu bapa, tidak perlu risau akan seragam dan kasut yang sudah tidak muat.

Pakai baju biasa sahaja dan pastikan anak-anak berpakaian sopan dan kemas serta yang paling penting sentiasa ingatkan mereka memakai pelitup muka serta jaga penjarakan fizikal.