SUPERSTAR Bollywood, Shah Rukh Khan membawa isteri dan anak-anak mereka ke rumah ladang yang terletak di Alibaug bagi menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.
Menurut sumber terdekat, keluarga itu sudah berada di Alibaug tidak lama selepas Aryan Khan dibebaskan dari penjara.
Iklan
Iklan
Polis juga meminta peminat dan media berhenti berkumpul di depan Mannat, kediaman mewah bintang Dilwale itu selepas pengurus Shah Rukh, Pooja Dadlani mengesahkan beliau sudah berada di Alibaug.
Sebelum ini, Shah Rukh tidak dapat membuat keputusan untuk menyambut hari lahirnya di Mannat atau Alibaug disebabkan Aryan yang baharu sahaja dibebaskan pada 29 Oktober lalu perlu melapor diri di Biro Kawalan Narkotik (NCB) setiap Jumaat dan diminta untuk berada di Mumbai serta bersedia untuk disoal siasat lanjut.
Dalam pada itu, peminat dan rakan selebriti tidak putus-putus mengirimkan ucapan dan doa buat aktor yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-56 pada Selasa.
Artikel Berkaitan