ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.
Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.
Seperti yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila keretanya yang diletak di tempat parkir dipenuhi dengan sisa makanan mi segera.
Apa yang membuatkan dia amat marah apabila mendapati sisa makanan mi segera itu bertaburan di atas keretanya.
Ia kelihatan sangat kotor. Dipercayai tindakan tidak bertanggungjawab itu angkara penghuni flat sama yang selamba mencampak sisa mi segera itu ke bawah.
[caption id="attachment_27646" width="800"] MULIAKAN jiran tetangga dan sesekali menjamu mereka makan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin.[/caption]
Perkongsian video tersebut ternyata turut menimbulkan amarah ramai dan warganet turut berkongsi akan mempunyai perasaan yang sama jika berhadapan situasi sedemikian.
Sehingga kini video tersebut telah meraih hampir 400,000 tontonan dan lebih 2,000 komen warga maya.
Begitulah, hidup bermasyarakat perlulah hormat-menghormati sesama kita. Jangan hanya pentingkan diri sendiri lagipun kebersihan itu kan separuh daripada iman!