Kerap menangis hingga katarak, hanya satu keluarga mohon maaf, luahan ibu bapa Zulfarhan sentuh hati ramai

Iklan
Untitled design (1)

KEPUTUSAN mahkamah kepada pesalah membunuh dan subahat membunuh semalam memuktamadkan penantian empat tahun ibu bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam tertuduh berkenaan bersama-sama 12 lagi bekas penuntut UPNM turut didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Iklan
Iklan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam bekas penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh anaknya itu.

Susulan keputusan itu, ibu bapa Zulfarhan akur seadanya. Biarpun ramai yang mempersoalkan, bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 57, berkata dia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh semua tertuduh terhadap anak sulungnya walaupun hanya satu keluarga sahaja yang tampil memohon maaf.

Iklan

Manakala ibunya, Hawa Osman, 58, menahan sebak susulan menerima keputusan mahkamah.

Iklan

Allahyarham Zulfarhan adalah harapan keluarga. Katanya, sekiranya arwah masih hidup dia berkata, dialah yang akan membantu keluarga untuk membiayai adik-adik yang lain menyambung pelajaran di universiti.

Wanita itu mengakui pemergian Zulfarhan memberikan kesan besar kepada hidup mereka sekeluarga dari segi kesihatan, ekonomi dan psikologi.

Malah pada tahun 2018, Hawa pernah mengalami katarak yang serius kerana kerap menangis serta mengalami tekanan darah tinggi kerana tidak dapat tidur.

Trauma yang dilalui bukan sedikit. Bahkan Hawa mengakui sukar melepaskan anak-anak yang lain (adik-adik Zulfarhan) untuk berdikari walaupun untuk menyambung pelajaran ke insittusi pengajian tinggi.

Dia juga berasa takut membenarkan anak-anak memasuki badan beruniform.

Kasih sayang yang mendalam kepada anak, Zulkarnain dan Hawa yang dilihat memakai baju T tertulis #justice4Farhan #sayNotoBULLY dan #humanity.

Rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi serta turut menitipkan doa agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan.

-"Bukan senang menerima kehilangan keluarga tersayang apatah lagi anak yang menjadi harapan keluarga..semoga syurga buat arwah dan urusan keluarga sentiasa dipermudahkan.”

-"Reda seorang ayah, semoga pakcik sekeluarga tabah,diberi kesihatan dan rezeki yang baik.”

-"Sabar dan reda. Di dunia mereka menang tetapi di akhirat nanti jawablah dengan YANG MAHA BERKUASA.”

-"Simpati kepada ibubapa mangsa. Seberat mana hukuman diberi kepada perlaku tidak dapat mengubat hati yang sedih. Simpati juga kepada ibu bapa pelaku mengharapkan anak menjadi insan berguna apabila tamat menuntut di universiti. Memaafkan itu mudah, melupakan itu sukar.”

Pemergian tragis Allahyarham menjadi perhatian ramai susulan penderaan kejam yang dilakukan oleh pelaku hingga tidak dapat diterima akal.

Pelbagai bahagian tubuh Allahyarham didapati mengalami kesan lecur teruk, malah dikatakan ditekap lebih 90 kali menggunakan seterik! Tidak dapat dibayangkan keadaannya menahan kesakitan hingga menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017.

Baca juga: Pemergian Tragis Zulfarhan Terbela, 18 Penuntut UPNM Bersalah Subahat Cedera, Bunuh, Berikut Kronologi Kes

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Sinar Harian

Foto: Bernama