[VIDEO]Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting

Iklan
Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting

"IBU takleh cari makan macam nih!"

Begitulah perkongsian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) apabila muat naik gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Iklan
Iklan

Kemunculan si kecil berusia tiga tahun itu di laman Instagram penyanyi lagu Jerat Percintaan itu sering kali menjadi tumpuan ramai.

Iklan

Terbaru, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.

Apa yang menarik perhatian ramai dan melucukan apabila Aafiyah dilihat menyanyi dengan lirik sendiri melibatkan perkataan air.

Iklan

Warga maya menyifatkan masalah air sangat sinonim dengan penduduk di Selangor.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan warga maya ‘cair’ dengan nyanyian Aafiyah. Rata-rata mengatakan bakat seni penyanyi kesayangan ramai itu sudah semestinya diwarisi anak kesayangan.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Comel Aafiyah.