ADALAH suatu kesalahan memasang nombor pendaftaran (no plat) kenderaan yang mengelirukan, kabur atau fancy.
Jika korang didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.
Dalam pada itu, JPJ turut memberikan kebenaran kepada orang ramai jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang no plat mengelirukan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Dalam kenyataan yang sama, aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.
Ujarnya, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Selain itu, pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ.
Ini contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikan yang ditetapkan.
Sementara itu, spesifikasi no plat yang Dditetapkan JPJ adalah;
1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
Baca juga Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia