Patut cecah ribuan ringgit! Ikan siakap hiasan pelihara dalam sangkar dijadikan juadah

Iklan
01

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial apabila seorang individu mendakwa harga ikan siakap dipesannya cecah ribuan ringgit seekor ketika mengunjungi sebuah restoran di Langkawi, Kedah.

Lelaki tersebut turut muat naik satu resit pembayaran yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram tersebut berharga RM1,196.80.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Iklan

Malah, individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Norasyikin Musa dalam satu hantaran di Facebook, mengakui dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Katanya, dia sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg) yang mana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Tegasnya, dia sudah menerangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.