Selepas banyak kali kena 'reject', Usop selamat bertunang

Iklan
02

PENYANYI dan finalis Big Stage, Usop melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan percintaannya dengan mengikat tali pertunangan semalam.

Iklan
Iklan

Majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan komuniti di Pulau Pinang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyaksikan upacara menyarung cincin sebagai simbolik disaksikan keluarga masing-masing, selain Usop menyerahkan lima dulang berbalas tujuh.

Pemilik nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor itu mengatakan mahu menyunting Nur Fatihah dengan secepat yang mungkin.

Iklan

Kata penyanyi lagu Selamanya itu, mereka akan mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di Pulau Pinang, manakala majlis di Kuala Lumpur belum diputuskan lagi.

Iklan

[caption id="attachment_63674" width="800"] Usop selamat bertunang dengan gadis pilihannya – Kredit gambar @alenphotography / @kakiklikphotography[/caption]

Menceritakan kembali bibit pertemuan dengan tunangnya kepada media, dia terserempak dengan tunangnya di rumah terbuka seorang rakan dan terpesona melihat kecantikan Nur Fatihah yang berwajah 'anak mami'.

Kata Nur Fatihah pula, dirinya nampak kesungguhan Usop dalam menawan hatinya.

Katanya, Usop nampak ikhlas dan tidak mengalah untuk memenangi hati saya serta berani membawa hubungan mereka ke tahap lebih serius hingga bertemu keluarga.