3 langkah mudah guna button push start pada kereta. Jangan main tekan sahaja ya!

Iklan
online (2) (1)

KEBANYAKAN kereta baharu sekarang tersedia dengan push start button.

Iklan
Iklan

Rekaannya tanpa memerlukan pemandu 'mencucuk' lubang kunci untuk hidupkan enjin.

Namun, kunci itu perlu sentiada disimpan bersama seperti di dalam poket.

Lazimnya, si pemandu akan menekan brek dan terus tekan pada button start seusai masuk ke dalam kereta.

Iklan

Sebenarnya, kongsi seorang pelayar Facebook Syam Perodua KL baru-baru ini, cara itu boleh memberi kesan buruk pada jangka masa panjang tau!

Kongsinya, terdapat tiga langkah betul untuk menggunakannya iaitu:

Iklan

Langkah 1: Tekan start stop button itu sahaja tanpa memijak pedal brek lalu biarkan panel eletronik menyala terlebih dahulu.

Langkah 2: Tekan start stop button kali kedua untuk menghidupkan panel intrument meter kereta, kotak meter akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.

Langkah 3: Biarkan dalam 5 hingga 7 saat, selepas itu barulah tekan pedal brek dan tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula .

"Dengan cara itu, kotak komputer yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen dan sensor ygang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut," terangnya.

Namun, dalam satu video yang dikongsikan oleh Nazmi Ismail melalui YouTube mengenai kaedah betul penggunaannya.