95 peratus rakyat Malaysia pertengahan usia bimbang tentang kesihatan tulang mereka. Ini apa yang perlu dilakukan

Iklan
feature-backbone

SEMPENA Hari Osteoporosis Sedunia

DALAM tinjauan terbaharu yang dijalankan, 95 peratus dalam kalangan warga Malaysia yang berusia 40 hingga 59 tahun bimbang dengan kesihatan tulang mereka. Masakan tidak, ia boleh memberi impak kepada kekuatan dan pergerakan apabila usia semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Antara tiga faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah itu adalah:

a) Kurang bersenam.

Iklan

b) Pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium)

c) Mengelak daripada mengambil produk tenusu yang merupakan sumber kalsium harian.

Iklan

Hasil tinjauan juga mendapati, rakyat Malaysia (pertengahan usia) menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, namun 42 peratus dalam mereka berkata, keutamaan mereka kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, tinjauan Anlene yang dilakukan secara blind survey pada awal bulan Ogos lalu yang melibatkan 320 responden pertengahan usia pula mendapati, masih terdapat jurang dalam memahami soal kesihatan tulang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari berkata, situasi itu telah mendorong pihak Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021 yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

Untuk menjaga dan memperoleh kesihatan tulang yang baik, Megawati menasihatkan beberapa perkara berikut:

a) Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.

b) Mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein.

c) Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.

Tinjauan tersebut juga mendapati, 30 peratus responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari dan hanya 30 peratus responden meminum susu setiap hari.

Justeru, penting untuk kita mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain.

Sumber vitamin D pula boleh didapati dalam ikan berlemak seperti salmon dan sardin, kuning telur serta produk diperkaya vitamin D termasuk susu.

Sebagai contoh, kata Megawati, setiap gelas susu Anlene dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa.

Rangkaian ACTIFIT 3X dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E.

Sementara Anlene GOLD 5X dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.

Osteoporosis

Dalam pada itu, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang seperti osteoporosis yang mungkin dihadapi oleh satu daripada empat rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

Kata beliau, pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari.

"Warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun," tambahnya lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!