[VIDEO] Dilarang masuk ke JPJ gara-gara pakaian tak ikut etika, pemuda terus sarung kain pelekat

Iklan
ONLINE (11)

BIASANYA, setiap jabatan atau badan kerajaan mengenakan syarat agar para pelanggan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan memakai pakaian sopan dan yang bersesuaian.

Jika anda berpakaian seksi atau menjelikkan, sudah awal-awal lagi, pengawal keselamatan akan datang beri teguran.

Iklan
Iklan

Sebenarnya, penulis ingin kaitkan cerita itu dengan sebuah video yang viral di laman TikTok baru-baru ini.

Kisah tular yang dikongsikan di TikTok @ainhadi0505 menyaksikan seorang pemuda mengenakan pakaian yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ).

Iklan

Ekoran itu beliau tidak dibenarkan masuk oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas.

Iklan

Kemudian, melihat larangan berkenaan, pemuda itu keluar dan tercetuslah idea untuk terus menyarung kain pelekat.

Mujur tersedia kain pelekat itu di dalam keretanya.

Agaknyalah kan, lelaki tersebut memang mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan dan tak boleh ditangguh-tangguh lagi menyebabkan beliau tidak kisah memakai apa sahaja. Malu dibuang ketepi. Janji, boleh masuk!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi.

Terdapat juga beberapa orang daripada mereka berkongsi pernah berhadapan dengan situasi yang sama.