Kerap beli makanan segera punca anak-anak punyai masalah berat badan berlebihan

Iklan
MEDIK (4)

BERSAMA

DR AZRI FIKRI@FICKRY

Iklan
Iklan

PAKAR PEDIATRIK, PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA

(Beliau diundang menjadi panel dalam program DNA yang membicarakan topik Comel Atau Obes: Adakah Salah Ibu Bapa? baru-baru ini)

Iklan

SOALAN 2

Doktor, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak sudah menjadi satu isu global. Boleh doktor terangkan klasifikasi kanak-kanak dalam kumpulan obesiti dan apakah antara faktor yang mendorong kepada masalah itu?

Iklan

JAWAPAN:

TOPIK perbincangan ini merupakan isu yang sangat sensitif, tetapi dalam konteks masyarakat Malaysia ramai yang melihatnya sebagai ‘comel’.

Pertama sekali, sudut pandangan itu perlu diubah kerana jika hendak dibandingkan dengan negara jiran, negara kita telah yang menjadi ‘juara’ kepada rekod kanak-kanak kurus dan juga obes, merujuk data daripada UNICEF Malaysia (2017).

Permasalahan tersebut tidak sepenuhnya signifikan kepada orang susah atau kurang bernasib baik semata-mata. Ini kerana data UNICEF juga menunjukkan kanak-kanak di Kuala Lumpur turut berhadapan masalah kegemukan.

Menyentuh tentang klasifikasi obes dalam kalangan kanak-kanak, ia merupakan sesuatu yang sangat mencabar sebenarnya.

Jika diamati dengan mata kasar, mungkin ibu bapa boleh melihat sama ada anak-anak obes atau sebaliknya.

Namun, secara perubatannya, doktor perlu mengira Indeks Jisim Badan. Bacaan yang dicatatkan perlu diplot pada graf tertentu sebelum ditafsirkan kanak-kanak itu betul-betul obes ataupun tidak.

Dalam hal ini, diet memainkan peranan yang sangat penting. Ibu bapa perlu ingat, untuk mendapat tubuh badan yang sihat, ia meliputi 80 peratus diet pemakanan dan selebihnya adalah senaman.

[caption id="attachment_63794" width="1024"] IMBAS kod QR ini untuk menonton video DNA secara penuh.[/caption]

Namun, apa yang saya boleh katakan, pengaruh utamanya adalah ibu bapa itu sendiri. Mengapa saya cakap begitu? Pada zaman dulu, situasinya sangat jauh berbanding pada era sekarang.

Disebabkan pada waktu ini rata-rata ibu bapa berkerja, mereka kerap memilih untuk membeli makanan di luar berbanding memasak sendiri di rumah.

Justeru, makanan jenis ringkas seperti (makanan) segera dipilih bagi memenuhi keperluan diet anak-anak di rumah.

Sebenarnya, penting untuk ibu bapa tahu bahawa makanan jenis itu lazimnya tidak seimbang sama ada terlalu manis, manis atau banyak kalori.

Hasilnya, kanak-kanak akan terdorong kepada isu kesihatan global itu iaitu berdepan dengan obesiti.

Tidak lain tidak bukan, itu semua gara-gara gaya pemakanan yang diterapkan kekurangan gizi dan nutrien serta tidak berkhasiat.