Iklan
Iklan
Aqil Taqee menyandang gelaran naib juara, membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM7,000, trofi dan selempang. Jejaka berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu turut terpilih sebagai Hero Inspirasi atas kerjasama yang cukup baik sepanjang program pencarian berlangsung dan menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, trofi dan selempang.
Tempat ketiga dimenangi Fazziq Muqris, 21, dari Selangor dan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan selempang.
Sementara itu, Afiq Hamidon 20, sekadar di tempat keempat dan menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, trofi dan selempang. Manakala Syazani Zainal (19, Selangor) dipilih sebagai Hero Favorite berdasarkan undian peminat di laman web Remaja dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi dan selempang.
Pencarian Hero Remaja 2021 anjuran Nu Ideaktiv Sdn Bhd mula bersiaran sejak 11 September secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program berkenaan menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Manakala juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha AlYahya bersama pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor selaku juri tetap.