PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung secara norma baharu menjadi cabaran besar kepada semua calon terutamanya muka baharu.
Tenyata, sudah tentu dimensi politik baharu ini menjadi cabaran kepada calon untuk berkempen dalam negara masih bersisa wabak Covid-19.
Sebaik pengumuman calon di 28 dun semalam, kelihatan bendera-bendera parti mula dipacakkan di sepanjang jalan raya.
[caption id="attachment_64014" width="800"] Foto Nur Farina Rauf[/caption]
[caption id="attachment_64015" width="800"] Foto Nur Farina Rauf[/caption]
Menurut laporan portal tempatan, kemeriahan mula terasa namun sedikit janggal apabila hari ini yang telah memasuki hari kedua belum kelihatan calon berebut turun berkempen.
Adakah mereka belum bersedia atau menyimpan senjata kempen pada saat akhir?
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun mengedarkan prosedur operasi standard (SOP) kempen sepanjang PRN kepada calon selepas proses penamaan calon semalam.
Antara idea yang dilihat menarik apabila disarankan penggunaan alat pembesar suara yang diletakkan pada kenderaan dan calon turut diseru memanfaatkan sepenuhnya kempen di media sosial.
Selamat memilih wahai warga Bandaraya Bersejarah! Jalankan tanggungjawab korang sebaiknya.