“Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap 'kayangan,' ini ulasan UAI

Iklan
1

BARU-baru ini negara digemparkan pendedahan seorang lelaki berkenaan caj harga seekor ikan siakap mencecah ribuan ringgit oleh pemilik restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Pelanggan hadir bersama enam yang lain dihidangkan ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) berharga RM1,196.80.

Iklan
Iklan

Difahamkan jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula mencecah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Manakala pihak restoran pula menjelaskan dia sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5kg yang mana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Iklan

Malah pihak restoran mendakwa turut dimaklumkan pelanggan sedia maklum harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram.

Iklan

Ikan yang dipesan seberat kira-kira 7kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran.

Baca juga: Patut Cecah Ribuan Ringgit! Ikan Siakap Hiasan Pelihara Dalam Sangkar Dijadikan Juadah

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus memberikan pandangan ketika diaju soalan berkaitan kontroversi itu yang disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi beliau.

SOALAN

"Biasa sebuah keluarga seramai lima hingga tujuh orang akan memesan dua ekor ikan seberat 1kg hingga 2kg.

"Bagaimana jika tanpa persetujuan pelanggan, ikan yang dipesan itu seberat 7kg.”

JAWAPAN

Menurut Ustaz Azhar, menjadi kelaziman saiz hidangan ikan untuk dimakan lima hingga tujuh orang ialah dua ekor ikan bersaiz sederhana.

Dalam pada itu, katanya konsep jual beli juga perlu jelas.

"Kita pergi makan, kita pesan ikan siakap seberat 1.5kg hingga 2kg.

Kemudian apabila ikan yang dipesan sampai dan dihidang, kita dapati ikan itu besar, contohnya mencecah 7kg.

"Apa yang perlu fahami ialah konsep asal jual beli ini. Hakikatnya kita perlu membeli terlebih dahulu kemudian barulah boleh dimakan.

"Contohnya ayam goreng K**, kita akan membayar terlebih dahulu. Ia menjadi hak milik kemudian barulah ia dimakan. Itu asal konsep jual beli," jelasnya.

Turut diterangkan tindakan yang perlu dilakukan sebagai pelanggan sekiranya dihidangkan makanan berlainan daripada yang dipesan.

Selain itu pendakwah kelahiran Terengganu itu turut mengulas berkenaan segelintir peniaga yang bertindak mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

"Pihak penjual pula ambil kesempatan. Pelanggan buat pesanan (lain) tapi penjual masak dan hidang yang besar.

"Misalnya pelanggan pesan dua ekor ikan, tapi dihidangkan empat ekor ikan. Ini dipanggil helah. Helah itu hukumnya haram.

"Jangan main-main, nak berjual beli belajarlah dahulu. Supaya bila berniaga ia barakah (berkat),” tuturnya.

UAI turut menyentuh berkenaan kebanyakan peniaga yang bertindak memanaskan makanan tidak habis dijual kerana ingin mengaut untung lebih.

Malah katanya ada peniaga makanan menghidangkan kepada pelanggan sajian yang tidak dipesan. UAI menjelaskan ia adalah satu bentuk perangkap.

Jika ia tidak mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, maka ia adalah jual beli yang tidak diredai syarak.

Katanya, tindakan memerangkap pelanggan dengan hidangan yang mahal adalah satu bentuk penganiayaan.

"Kalau standard lima hingga enam orang makan, tidak sepatutnya hantar ikan seberat 7kg.

"Ikan siakap bukanlah ikan yang sering dimakan golongan bangsawan. Tidak seperti kerapu atau spesies ikan ‘kayangan’ lain.

"Jadi kita perlu hantar lauk itu atas jalan uruf. Jangan hantar kepada orang yang tidak makan harga ikan sebegitu dan kita pula diam tidak maklumkan.

"Ia akan mewujudkan perkelahian,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 kepada peniaga restoran tersebut pada Sabtu.

Pemilik restoran diberi tempoh lima hari untuk menjawab beberapa perkara yang dinyatakan di dalam notis itu.

Antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan, minuman dan produk yang dijual.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus