[VIDEO] 12 beradik sepakat pembahagian harta pusaka, ramai puji tindakan mereka

Iklan
ONLINE (14)

LAZIMNYA, apabila berlakunya kematian dalam keluarga, salah satu perkara utama yang akan dibincangkan adalah mengenai pembahagian harta pusaka.

Namun, pada masa kini, ramai yang gagal mengikut hukum faraid. Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan persengketaan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian video di TikTok @zakiahpreity, beliau bersama 11 adik-beradik lain berpeluang untuk berkumpul dan mengadakan sesi diskusi di rumah bapa mereka baru-baru ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pembahagian harta pusaka ekoran kemergian ibu sejak beberapa bulan lalu.

Iklan

Menariknya, 12 beradik tersebut berjaya menemui kata sepakat untuk menyerahkan semua harta ibu kepada bapa mereka untuk menguruskannya.

Hasilnya, setiap seorang daripada mereka melafazkan reda pengembalian semua harta masing-masing sambil disaksikan oleh adik beradik lain.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum kepada mereka.

Pada masa sama, warga net juga memuji didikan orang tua yang sempurna menjadi kayu ukur kepada sahsiah dan kesepakatan yang dicapai tersebut.