Jika kes Covid-19 meningkat, aktiviti sosial akan kembali disekat

Iklan
Pasangan tinggal berjauhan dibenarkan merentas negeri bermula esok tapi dengan syarat

KES harian jangkitan Covid-19 hari ini dilaporkan meningkat sebanyak 6,243 berbanding 5,403 semalam yang

menjadikan peningkatan sebanyak 840 kes.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata, jumlah kumulatif kes yang direkodkan sebanyak 2,522,498 kes setakat ini.

Iklan

Dalam pada itu, kerajaan tidak teragak-agak untuk menyekat kembali aktiviti sosial jika berlaku peningkatan kes

jangkitan Covid-19 selepas negara beralih ke tahap endemik.

Iklan

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) apabila negara beralih ke tahap endemik iaitu protokol kesihatan umum.

Katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) di Dewan Rakyat hari ini, jika dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan sekatan aktiviti sosial bukannya aktiviti ekonomi.

Baca juga Guna alat pembesar suara, media sosial berkempen, perang bendera PRN Melaka kini bermula

Oleh itu, kekal patuhi SOP yang ditetapkan. Kita masih belum menang melawan wabak Covid-19.

Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial walau di mana korang berada. #staysafe

#kiatjagakita.