[VIDEO]Berucap guna bahasa Melayu di pentas PBB, ramai bangga tindakan Tuan Ibrahim

Iklan
03

KEMUNCULAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland mengejutkan ramai.

Ini berikutan ada pihak yang mengatakan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak hadir ke acara tersebut, malah ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Namun hari ini tular sebuah video memaparkan Tuan Ibrahim yang sedang berucap di persidangan berkenaan.

Video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu tular di media sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook.

Iklan

Apa yang mencuri tumpuan ramai apabila ucapan beliau menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Iklan

Bukan itu sahaja, Tuan Ibrahim yang tampil segak dengan bersuit dan kopiah hitam itu juga turut menyelitkan ayat suci al-Quran yang bermaksud"berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia" pada awal bicara.

Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata warga maya berbangga kerana beliau menggunakan bahasa Melayu sekali gus dapat memartabatkan bahasa ibunda itu dipersada dunia.