ZAMAN awal kanak-kanak adalah waktu pertumbuhan dan perkembangan yang penting.
Dalam tempoh itu, banyak perubahan berlaku pada tubuh termasuk di dalam mulut atau bahagian tubuh badan si manja dari peringkat bayi hingga kanak-kanak.
Biarpun hanya gigi susu dan akan berganti pada usia enam atau tujuh tahun, ia berfungsi sama penting seperti gigi kekal yang patut dijaga.
Pembersihan gigi susu wajar dimulakan sebaik saja ia tumbuh, gunakan kain lembut atau berus gigi sesuai untuk kanak-kanak dengan sedikit ubat gigi.
Menurut perkongsian doktor Mohd Khairul Izwan, ini yang akan terjadi jika kita memandang ringan dan tidak membantu anak kecil menjaga gigi susu;
1. Gigi susu akan berisiko untuk mengalami kerosakan ketika usia anak masih kecil.
2. Jika dibiarkan tanpa dirawat, kerosakan gigi akan semakin melarat dan mengenai bahagian saraf gigi.
3. Gigi akan mulai sakit akibat jangkitan kuman merebak ke bahagian saraf gigi.
4. Jangkitan kuman yang berasal dari gigi akan mengakibatkan gusi membengkak dan bernanah.
5. Anak-anak akan berkurang selera makan akibat sakit gigi.
Jadi, siapa kata masalah gigi susu tidak berbahaya?
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Mohd Khairul Izwan