Akhiri zaman bujang, Miller Khan kini bergelar suami

Iklan
MILLER KHAN

PELAKON kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan, kini bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihan hati, Farina Rebecca, 31, di Bali, Indonesia pada Rabu.

Miller, 34, meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah saya terharu majlis dirancang berjalan lancar. Sekarang saya sudah ada pasangan hidup dan teman selamanya,” ujarnya sebagaimana dilaporkan media.

Abang kepada Isa Khan juga turut berkongsi foto-foto istimewanya bersama isteri menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Iklan

Berita tersebut turut mendapat perhatian para peminat dan rakan-rakan selebriti yang turut memberikan ucapan tahniah, selain menitipkan doa agar perkahwinan pasangan ini sentiasa dirahmati.

Difahamkan majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bali itu diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat Miller dan Rebecca.

Iklan

Pasangan ini saling mengenali selama lapan bulan sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 11 Mac lalu.