[VIDEO] Gelagat abang rider cari customer pesan makanan dalam stadium dibanjiri penonton undang simpati ramai

Iklan
rider kena prank stadium

TIDAK dinafikan, menempah makanan melalui aplikasi penghantaran popular memang membuatkan segala-galanya menjadi mudah.

Tidak kira di mana pun anda berada, tempahan makanan atau penghantaran barangan boleh diselesaikan tanpa sebarang masalah.

Iklan
Iklan

Asalkan mempunyai wang tunai atau dalam akaun bank, semua makanan atau barangan yang diinginkan terus dihantar depan rumah atau pejabat.

Iklan

Meskipun berada di tempat awam sekali pun, abang rider boleh tolong settle asalkan semuanya sudah berbayar.

Pun begitu, kisah seorang rider yang kelihatan mencari-cari pelanggan di dalam ribuan pengunjung di stadium membuatkan ramai geleng kepala.

Iklan

Perkongsian pengguna Tiktok, @faizisaa yang sempat merakam gelagat penghantar makanan ketika berada di stadium mengundang simpati ramai.

Mana tidaknya, gaya abang rider tersebut yang tercari-cari customernya, sedangkan sudah terang-terangan larangan membawa masuk makanan dan minuman dari luar.

Baca juga Rider kayuh 3km hantar makanan, rupanya order palsu. Nasib baik ada tolong bayar RM80

Tidak tahu bagaimana pemuda tersebut boleh melepasi sekatan, kelihatan beliau terus melilau mencari pelanggan yang menempah makanan.

Tidak kurang juga ramai beranggapan abang rider tersebut terkena prank oleh budak nakal, tapi itu tak dapat dipastikan.

Namun, rata-rata netizen memang kasihan melihatnya jenuh menjalankan amanah yang digalas.

Tidak baik buat orang macam itu.

Moga rezeki melimpah buat rider tersebut.

Ramai pula yang risau tidak jaga SOP.

Best gak dapat tengok bola percuma.

Kalau nampak location stadium, comfirm batal order.

Tidak larat dah asyik kena prank.

Senangkah kerja sebagai rider bila berdepan situasi itu?

Bila tengok video itu, SinarPlus pun memang jatuh kasihan melihat gelagat lelaki terbabit.

Itu satu hal, video pendek yang menerima 1.2 juta tontonan itu juga mengundang isu lain apabila rata-ratanya bimbang dengan jumlah pengunjung yang terlalu ramai dalam stadium.

Kata mereka, semua duduk rapat-rapat dan tidak patuhi penjarakan sosial langsung.

Bimbang juga kes jangkitan Covid-19 kembali meningkat dan memberi kesan kepada semua.

Bukan sahaja tidak sanggup menghadapi perintah berkurung lagi, malah ramai netizen risau kelonggaran yang diberikan akan diperketatkan semula.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apa yang penting, kesedaran kendiri dalam bersama membendung penularan wabak virus korona.

Kita masih belum berjaya sepenuhnya dan bersatu hati memastikan semua memutuskan rantaian jangkitan bermula daripada sekarang. #kitajagakita #kitalaluibersama