"HARI ini rancak, di sini rancak, di sana rancak, berdosa! Iya, di sana mau rancak, di mana-mana rancak, berdosa! Berdosa..."
Begitulah ungkapan perkataan yang disebut seorang pemuda yang menjadi trend dan ikutan di media sosial kini.
Malah sebutan tersebut juga diguna pakai orang ramai pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak.
Bagi korang yang sedang tertanya-tanya siapakah individu pemilik suara sebenar yang digilai ramai itu, difahamkan pemuda itu seorang pemandu lori.
Ternyata ayat yang dituturkan menjadi kegemaran warga maya sehingga bunyi yang dihasilkan diguna pakai oleh pengguna media sosial lain menjadi suara latar bagi video-video kelakar.
Menjengah ke ruangan komen posting yang telah mendapat hampir 4 juta tontonan di TikTok itu, rata-rata terhibur dengan video tersebut.
Baca juga [VIDEO]Ibu pulang mengejut buat 4 anak mengalir air mata bikin ramai sebak