Capai umur 18 tahun tukar akaun dewasa, TH beku akaun anak lebih usia

Iklan
Urusan perbankan Tabung Haji lebih mudah, hanya guna JomPAY

MINTA perhatian buat ibu bapa. Bermula 1 Disember ini, semua pemegang akaun kanak-kanak Tabung Haji (TH) yang sudah berusia lebih 18 tahun perlu menukar akaun mereka ke akaun dewasa.

Gagal berbuat demikian akan mengakibatkan akaun tersebut tidak dapat membuat sebarang transaksi pengeluaran.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, akaun berkenaan masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

Iklan

Dalam satu kenyataan di Facebook, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas dinasihatkan untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun ke Akaun Dewasa agar tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

Iklan

Bagi menukar status akaun berkenaan, ibu bapa hanya perlu ke mana-mana cawangan kaunter TH yang berhampiran bersama anak.

Baca juga [VIDEO] Cara mohon dos penggalak untuk tunai umrah, ikuti 4 langkah mudah

Semua kaunter TH dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Waktu operasi Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

Jadi, jangan tunggu lagi. Sila ke TH cawangan berhampiran bagi menukarkan akaun kanak-kanak ke akaun dewasa.