Kumpulan Puteh lega permohonan maaf diterima

Iklan
KUMPULAN PUTEH

KUMPULAN Puteh tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Seri Najib Tun Razak selepas persembahan mereka dalam program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) pada minggu lalu mendapat kritikan hebat daripada penonton.

Persembahan parodi membabitkan bekas Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu menjadi tular dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap kumpulan pelawak itu tidak sensitif apabila memilih konten yang bersifat keterlaluan.

Iklan
Iklan

Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Vicha mengakui kekhilafan mereka dan berasa lega apabila pemimpin itu sudi menerima permohonan maaf mereka dalam satu pertemuan yang diadakan di Melaka, pada malam Selasa.

Vicha menerusi satu perkongsian video di laman Instagramnya mengharapkan agar perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi dan dapat dijadikan pengajaran bukan sahaja buat kumpulan Puteh, tetapi juga kepada semua artis agar tidak mengulangi kesilapan serupa.

Iklan

"Kami datang ke Melaka untuk bertemu Datuk Seri Najib dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beliau atas kekhilafan kami dalam persembahan di MLM minggu lalu.

"Persembahan tersebut hanya bertujuan untuk menghiburkan dan jauh di sudut hati kami sedikit pun tidak berniat untuk mempersendakan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

Iklan

"Bagaimanapun sebagai manusia, saya akui kita tidak lepas daripada melakukan kesilapan,” jelasnya.

Tambah Vicha, sebelum pertemuan tersebut, dia dapat tidur kerana agak gementar dan terlalu memikirkan perkara tersebut.

"Saya memang gementar dan takut kerana tahu kita buat kesalahan, namun bila Datuk Seri Seri terbuka untuk memaafkan, barulah kami rasa lega sangat.

"Kami berharap agar masalah ini tidak diperbesarkan lagi dan kita tutup dengan pemohonan maaf ini,” pinta Vicha.

Difahamkan pertemuan tersebut berlangsung atas cadangan dan bantuan daripada pelawak Shahrol Shiro yang turut prihatin dengan kejadian yang menimpa Puteh.