Budak maut jatuh tingkat 29 raih simpati ramai, berpesan cakna anak. Mohon ambil iktibar

Iklan
Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian

NEGARA sekali lagi digemparkan dengan kejadian ngeri melibatkan kanak-kanak maut terjatuh daripada bangunan.

Kejadian seumpama itu seolah kerap berlaku di negara kita, buktinya pada 25 Oktober lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartment di Presint 5 di Putrajaya.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Seperti semalam, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan ditemui mati selepas terjatuh daripada kediamannya di tingkat 29 di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai, mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu, ditemui oleh pekerja pengurusan kondominium berkenaan di tingkat lapan.

Iklan

Katanya, pihaknya telah menerima maklumat daripada Mers 999 pada pukul 2.41 petang berkenaan seorang kanak-kanak perempuan telah terjatuh dari tingkat 29 ke tingkat lapan, di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Kata Beh, bapa mangsa pulang ke rumah dan mendapati anaknya tiada di dalam rumah, kemudian meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari anaknya.

Ujarnya, mangsa telah ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tingkap di bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi berada di tepi tingkap bilik berkenaan, yang tidak mempunyai jeriji.

Sementara itu, menjengah ke laman sosial, ramai individu tampil menyalahkan ibu bapa yang bertindak nekad meninggalkan anak kecil sendirian di rumah.

Mereka turut berpesan kepada ibu bapa yang lain agar ambil iktibar dan pengajaran agar lebih cakna terhadap anak-anak.

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves hari ini. Insiden tersebut dikongsikan melalui Twitter Bernama sebentar tadi.

Al-Fatihah, salam takziah kepada keluarga mangsa.