RAMAI di antara kita yang membeli oat sebagai makanan sihat.
Namun, rata-rata daripada mereka hanya membeli sahaja, tetapi tidak memilih jenis oat yang betul.
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis oat yang perlu diketahui sebelum membuat pembelian iaitu:
i) Instant oat
- Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
- Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
- Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
- Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
- Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
- Ia lebih tebal daripada quick oat.
- Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
- Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
- Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
- Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi hujah, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
[caption id="attachment_36770" width="800"] Dr Zubaidi.[/caption]
"Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
"Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Baca juga: Apa perbezaan beras jenis stim dan parboiled, mana satu lebih elok? Ikuti penjelasan penyelidik
Mudah sahaja caranya, ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Semoga bermanfaat!