"MAMA muka adik dekat billboard! Alhamdulillah!
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 19, berkata sebagai bintang baharu dalam industri muzik tanah air, dia menitipkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan besar yang diperoleh ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sebagai penyanyi yang berhijab, Iman berharap dapat terus memenuhi harapan para peminatnya.
Ucapan terima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat turut diucapkan oleh Iman menerusi posting berkenaan.
Perkongsiannya itu mendapat ribuan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Mereka turut menitipkan semangat dan doa kejayaan yang berterusan buatnya.
Penampilan Iman mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka adalah sebahagian kempen EQUAL oleh platform penstriman digital, Spotify.
Selepas Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, Iman merupakan artis ke empat dari negara kita yang terpilih menjayakan kempen tersebut yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Selain itu, 'playlist' mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.
Iman mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat rakaman lagu saduran artis tempatan, sekali gus menggegarkan ruang media sosial secara mengejut.
Baca juga Kumpulan Puteh lega permohonan maaf diterima
Iman turut mencipta fenomena menerusi single Teman yang sehingga kini meraih 45 juta tontonan dalam laman YouTube.
Berbekalkan suara unik dan penampilan comel, Iman terus mencuri perhatian peminat kini tampil dengan single baharu berjudul Nang yang sudah mencapai lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.