Walk-a-Million-Miles Nestle Omega Plus teruskan misi bantu biaya kos rawatan pesakit jantung

Iklan
Nestle Omega Plus

ACARA maya Walk-a-Million-Miles 2021 Nestle Omega Plus berjaya mencipta rekod baharu dengan lebih 1.18 juta batu dicatatkan sempena tahun ke-2 penganjurannya.

Secara tepat, acara maya sempena Bulan Jantung Sedunia itu berjaya merekodkan sebanyak 1,176,666 batu dengan penyertaan seramai 12,988 rakyat dari seluruh negara.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu memberikan kegembiraan buat pesakit jantung apabila sejumlah RM100,000 disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Iklan

Itu antara janji Nestle Omega Plus kepada rakan kerjasamanya demi membantu menyalurkan sumbangan dan sokongan kepada pesakit jantung yang memerlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols turut berbangga dengan pencapaian misi tahun ini.

Iklan

"Memandangkan YJM dan Yayasan IJN sudah sekian lama menjadi rakan kerjasama kesihatan jantung, kami berbesar hati untuk menyokong mereka.

"Pada masa sama, kami juga menghargai sokongan padu semua peserta kerana merekalah pendorong kepada misi satu juta kami sekali gus membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut seorang pesakit jantung IJN, K Sokalingam, inisiatif seperti Walk-a-Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Saya tidak mampu untuk membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa Nestle Omega Plus akan membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan, saya amat bersyukur.

"Justeru, saya menyokong acara Walk-a-Million-Miles diteruskan dan berjanji untuk menyumbang semampunya demi membolehkan insan lain memerlukan dibantu,” katanya.