Pesakit kanser perlu suntikan vaksin selepas disahkan pakar kesihatan

Iklan
02

KEBIMBANGAN mengenai keselamatan vaksin terutama sekali dalam kalangan pesakit

kanser telah menyebabkan ramai di antara mereka yang masih ragu-ragu dan enggan mendaftarkan diri bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

Pada Febuari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan pesakit kanser boleh menerima suntikan vaksin Covid-19, setelah mendapatkan pengesahan tahap kesihatan daripada pakar perubatan.

Iklan

Menjelaskan perkara ini, Pakar Perunding Klinikal Onkologi Hospital Gleneagles Medini Johor, Dr Mohd Roslan Haron telah berkata, pesakit kanser sekiranya dijangkiti berisiko untuk mendapat penyakit Covid-19 yang lebih serius tahapnya dan lebih memudaratkan berbanding dengan umum.

Ini kerana pesakit kanser secara amnya mempunyai tahap imuniti atau daya tahan diri yang lebih rendah berbanding individu yang tiada kanser.

Iklan

Beliau menekankan vaksin adalah sangat penting terutama sekali bagi pesakit kanser yang juga menghidap penyakit-penyakit kronik yang lain seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan juga penyakit buah pinggang.

Vaksin yang diberikan akan meningkatkan imunisasi dan daya ketahanan diri terhadap virus Covid-19, sekali gus mengurangkan risiko mendapat jangkitan pada tahap atau peringkat 3,4 dan 5.

Tunggu rawatan selesai

Bagi pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi yang intensif mereka boleh menangguhkan pengambilan vaksin sehingga tamat rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser mereka.

Jadi, badan tidak dapat memuat antibodi yang banyak untuk melawan Covid-19, sekiranya divaksin ketika kemoterapi sedang diberikan untuk merawat kanser.

Soalan yang sering ditanya oleh pesakit kanser ialah bilakah masa yang sesuai saya boleh mengambil vaksin Covid-19 sedangkan saya sedang menjalankan rawatan kemoterapi untuk kanser saya.

Bagi menjawab soalan ini, data yang telah dikumpulkan sejak dua tahun kebelakangan kejadian Covid-19 menunjukkan bahawa pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi pada umumnya sudah boleh menerima vaksin selepas dua minggu pada tarikh akhir kemoterapi diberi.

Pemberian vaksin kepada pesakit kanser selepas rawatan kemoterapi juga bergantung kepada jenis kanser yang dirawat. Contohnya, bagi pesakit kanser limfoma, pemberian vaksin biasanya ditangguhkan sehingga tiga hingga empat bulan atau memakan masa hingga enam bulan untuk vaksin tersebut berkesan.

Jadi, bagi pesakit pesakit kanser limfoma pemberian vaksin selalunya diberikan selepas lima hingga enam bulan setelah tamat rawatan kemoterapi mereka. Adalah lebih baik sekiranya, pesakit merujuk kepada pakar onkologi mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk mengambil vaksin Covid-19.

Sementara itu katanya, tanggapan tentang vaksin Covid-19 yang menyebabkan kanser menjadi lebih teruk selepas pengambilannya adalah tidak benar.

[caption id="attachment_65247" width="768"] Dr Mohd Roslan.[/caption]

Risiko mendapat Covid-19 bagi pesakit kanser dengan individu yang tiada kanser adalah sama kerana jangkitan virus Covid-19 tidak bergantung kepada faktor dalam tubuh atau daripada penyakit sedia ada, tetapi bergantung kepada pendedahan seseorang itu kepada virus tersebut.

Pendedahan seseorang itu kepada virus seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau terdedah dengan kawasan yang sesak dan tidak mengikut amalan SOP yang sedia ada, akan meningkatkan risiko jangkitan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai dan pesakit kanser agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan seperti yang diuar-uarkan oleh KKM dalam media massa nasional.

Baca juga Lelaki juga alami 'menopaus', ia dikenali sebagai andropaus

Dari aspek yang berbeza, beliau turut menjelaskan bahawa penyakit Covid-19 tidak menyebabkan kejadian kanser seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun demikian beliau menyarankan agar mereka yang berada dalam kumpulan berisiko menghidap kanser supaya menjalani ujian saringan kanser yang tertentu bagi tujuan pengesanan awal pada musim pandemik ini.