UMUM mengetahui penyanyi dan pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim 6, Nubhan semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya yang dikenali Mak Jenny.
Gelagat bersahaja ibu dan anak itu dilihat digemari ramai dan mula menjadi trending.
Layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.
Dengan teragak-agak memasuki butik mewah itu, Mak Jenny diberi peluang untuk memilih sendiri beg tangan yang disukai.
Selepas memilihnya, dilihat ada beberapa buah yang digemari Mak Jenny dan wanita tersebut membuat keputusan untuk memiliki semuanya apabila Nubhan berseloroh mengatakan harganya hanya beberapa puluh ringgit.
Apa yang menarik perhatian ramai apabila reaksi spontan pemilik nama sebenar Badariah Omar,76, setelah mengetahui harga sebenar beg tangan tersebut.
Gelagat dua beranak itu sarat menerima pelbagai komen dari warganet selepas tular dan mendapat shares hampir 10,000 kali.
Rata-rata terhibur dan memuji sikap nakal dan manja Nubhan yang suka menyakat ibunya serta reaksi selamba Mak Jenny yang cukup mencuit hati.