‘Ini bukan benchmark & tak perlu pun…’ – Buat aksi lagak ngeri sendiri, Beto Kusyairy terima pujian

Iklan
BETO

PELAKON berbakat besar, Beto Kusyairy mencuri perhatian ramai apabila tampil berani untuk melakukan aksi lagak ngeri sendiri di set penggambaran.

Menerusi video yang pada awalnya dikongsi oleh aktres Nabila Huda itu, Beto menjayakan sendiri babak dirinya dijilat api.

Iklan
Iklan

Aksi itu menerima pujian ramai kerana tidak semua pelakon sanggup melakukan aksi lagak ngeri yang berbahaya.

Bagaimanapun bagi empunya diri, Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, ia bukan benchmark untuk seseorang pelakon itu diangkat sebagai pelakon yang baik.

Iklan

"Perhatian. Jangan cuba meniru aksi ini tanpa pengawasan pakar.

"Penerbit dah hire mereka yang arif dalam hal ini, professional stunt team yang dah established. Dah disediakan juga stuntdouble untuk 'jadi' saya. Tetapi saya yang request nak buat sendiri. Kenapa? Ah adalah sebabnya.

Iklan

"Ini bukan bermakna yang seorang pelakon memang kena buat babak-babak yang berisiko tinggi sebegini 'sendiri' untuk diangkat menjadi pelakon yang baik atau kononnya real actor.

"Saya ulang… INI BUKAN BENCHMARK & TAK PERLU PUN,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.

Tambah Beto, dia tidak melakukan aksi dibakar itu secara membuta tuli, sebaliknya dia sudah memahami teknik dan dalam pengawasan mereka yang pakar.

"Saya tak request buta kosong begitu sahaja. Nak kena ada ilmu dan fahami teknik untuk aksi sebegini, nak kena ada pengawasan dan seliaan ketat oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini, nak kena lulus ujian dari pakar-pakar ini dulu sebelum dapat lampu hijau dan nak kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu (bukan berani bodoh).

"Selainnya adalah doa, fokus dan ketenangan. Insya-ALLAH,” ujarnya.