KONSERT Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sudah pun membuka tirainya bermula 21 November (Ahad).
13 bintang tampil menyampaikan lagu sendiri pada konsert minggu pertama yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC).
Seperti yang dijangka tiada sebarang penyingkiran yang dilakukan pada minggu pertama GV8.
Berikut adalah senarai markah ke semua bintang pada minggu pertama :
Aliff Aziz 74.60%
Adibah Noor 73.00%
Bandi Amuk 71.00%
Nikki Palikat 68.20%
Aweera 66.80%
Suki Low 66.20%
Saiful Apek & Yassin 59.9%
Shidee 59.80%
Upiak Isil 59.3%
Ani Maiyuni 57.4%
Azan Scan 54.7%
Nico 54.00%
Datuk Fazley Yaakob 53.60%
[caption id="attachment_65289" width="800"] Dari kiri : Datuk Syafinaz, Datuk Ramli dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap.[/caption]
Kesemua persembahan diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang. Manakala Jihan Muse dan Nabil Ahmad bertindak selaku hos.
Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 beserta trofi.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula, masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.