Awas! Ramalan cuaca buruk di 6 negeri sehingga 27 November ini

Iklan
hujan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk di enam negeri.

Amaran tersebut melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Hulu Perak, Perak.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook, MetMalaysia meramalkan cuaca signifikan tersebut bagi tempoh seminggu bermula 21 hingga 27 November ini.

MetMalaysia maklumkan enam kawasan berkenaan menjadi negeri utama disebabkan pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di sekitar timur laut semenanjung ketika ini.

Iklan

Menurutnya, kawasan-kawasan berkenaan yang dijangka berpotensi mengalami cuaca hujan yang boleh mengakibatkan banjir.

Baca juga Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga - Peguam

Selain itu, MetMalaysia turut menasihati orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan berwaspada dengan amaran cuaca buruk yang berkemungkinan bakal berlaku.