MENGETENGAHKAN konsep ketuhanan, Ustaz Ashraf Suarin mengakui gembira apabila diberi peluang menjadi penyampai radio Zayan FM sejak Oktober lalu.
Ashraf berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat memberinya peluang untuk berdakwah, malah berfungsi sebagai 'pendengar' buat mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.
Mengendalikan segmen Zayan Hujung Minggu pada setiap Sabtu dan Ahad, Ashraf akan berkongsi pelbagai pengalaman kisah hidup yang boleh dijadikan tauladan kepada pendengar.
"Penyampai lebih ringan dan santai. Terdapat juga kisah inspirasi dan mutiara kata yang boleh dijadikan pembakar semangat
"Mungkin ada yang kurang memahami akan konsep dakwah yang kami bawakan. Sejujurnya kami bukanlah penghukum atau ingin menghakimi sesiapa berdasarkan hidup mereka. Setiap kesalahan itu boleh diperbetulkan dengan teguran dan ia juga boleh dilakukan dengan cara lembut, tetapi tetap tegas," tambahnya.
Selain Ashraf, Zayan FM yang mula ditubuhkan pada Oktober 2017 turut diceriakan dengan penyampai radio lain seperti Mawi, Anas Tahir, Lin dan Hadhari.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram