Guna 'Android box' tonton siaran swasta tapi tak bayar, ini respon mufti

Iklan
06

KOTAK Android (Android box) adalah alat atau peranti untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia.

Ia juga membolehkan televisyen menyiarkan perkhidmatan siaran strim lain yang biasanya hanya boleh diakses melalui komputer, telefon dan peranti pintar serta aplikasi.

Iklan
Iklan

Iklan

Namun, perlu diketahui bahawa penggunaan Android box untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dalam menjawab kepada persoalan salah seorang individu mengenai"Apa hukum beli android box? Contoh, kita boleh tengok siaran Astro tapi tak bayar pada Astro."

Iklan

Walaupun pada asalnya pembelian kotak Android itu adalah harus, namun sekiranya pembelian itu untuk tujuan mendapat akses siaran berbayar dengan cara salah maka ia adalah haram.

Justeru kenyataan itu menyebut, tidak timbul sebarang isu syariah bagi kategori siaran percuma kerana ia boleh digunakan oleh semua orang.

Namun begitu, timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut.