Naik harga mulai 1 Disember, ini senarai harga baru produk Gardenia

Iklan
03

BELUM pun reda isu kenaikan harga sayuran, kini roti pula!

Berita kurang baik buat penggemarnya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memaklumkan akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi satu kenyataan yang turut tular di media sosial, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan dari 10 sen hingga 45 sen.

Iklan

Produk Gardenia yang naik harga juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

Iklan

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Disember 2021;

  1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) – RM1.00
  2. Gardenia QuickBites Butter Toffee - RM1.20
  3. Gardenia QuickBites Red Bean - RM1.20
  4. Gardenia Double Choc Muffins - RM2.00
  5. Gardenia Original Classic – RM2.80
  6. Gardenia Original Classic Jumbo – RM4.00
  7. Gardenia Bonanza Big Value – RM3.10
  8. Gardenia Wholemeal – RM3.60
  9. Gardenia Delicia (semua perisa) – RM5.00

Baca juga Guna 'Android box' tonton siaran swasta tapi tak bayar, ini respon mufti

  1. Gardenia Toast’em (semua perisa) – RM5.00
  2. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) – RM3.70
  3. Gardenia Twiggies (semua perisa) – RM1.80
  4. Gardenia Waffles (semua perisa) – RM1.40
  5. Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.30
  6. Gardenia Puazz! Sambal Mackerel - RM2.20
  7. Gardenia Puazz! Kari Ayam - RM2.20
  8. Gardenia NuMee – RM1.70