Persembahan kurang menyengat, Cawan akur tersingkir

Iklan
KUMPULAN CAWAN MLM2021

SELEPAS tujuh minggu beraksi, kumpulan Cawan akur meninggalkan pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) apabila diumumkan tersingkir pada persembahan minggu ini yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.

Persembahan Cawan yang dianggotai oleh Che Mat, Wan Gegau dan Aliff Yasraff menerusi tema Karoot, Dikir Barat dan Props kurang menyerlah dan berada di kedudukan terakhir dengan markah 44.40%.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kumpulan Boro sekali lagi terpilih menjadi penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi dan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 menerusi persembahan yang cukup menghiburkan.

Boro akan meneruskan persaingan persaingan di pentas MLM2021 pada minggu hadapan bersama Tiro, Bahye, Tobat, Puteh dan Otai.

Iklan

Persembahan setiap peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri; Noh Salleh, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan juri misteri yang dirahsiakan identitinya, Sang Bara.

Barisan juri mewakili lima ‘Ha’ dan 70% markah, manakala 30% lagi daripada undian penonton menerusi platform digital Gempak.

Iklan

MLM2021 menggabungkan barisan pelawak baharu dan lama untuk berentap merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

Program dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

KEDUDUKAN & MARKAH PENUH MINGGU KE-5

  1. Boro (69.96%)
  2. Tiro (69.83%
  3. Bahye (67.72%)
  4. Tobat (58.95%)
  5. Puteh (57.42%)
  6. Otai (54.72%)
  7. Cawan (44.40%)

 

(FOTO: Astro)