Covid-19: Penghawa dingin restoran punca titisan air virus merebak dari meja ke meja

Iklan

SATU kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus covid-19 lebih jauh daripada jangkaan kita.

Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangkiti Covid-19 namun tidak bergejala telah menyebabkan jangkitan pada sembilan pelanggan restoran yang lain.

Iklan
Iklan

Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja ke meja.

Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.

Iklan

Kejadian kluster ini menunjukkan:

1. Kepentingan pengudaraan dalam restoran

Iklan

2. Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kepada restoran

3. Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa dingin.

Jadi, buat orang ramai yang berhajat ingin makan di restoran dalam tempoh pergerakan bersyarat ini, pastikan anda memilih restoran yang menggunakan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Jangan ambil mudah!

Pilihlah untuk bawa pulang makanan, menggunakan perkhidmatan e-hailing atau masak sendiri di rumah adalah lebih baik.

Kita mesti menang.

#PastiAdaSinar

Sumber: Public Health Malaysia.